Isnin, 8 Mac 2010

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA SKPJ 2010

Selasa, 2 Mac 2010, telah berlangsungnya Sukan Olahraga dan Sukaneka kali ke 26 peringkat sekolah SK Putera Jaya dengan meriah. Upacara perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh YB Ab Halim b Jusoh, Adun Permaisuri. Acara telah bermula tepat 8.00 pagi, diikuti dengan pelbagai acara sukaneka dan balapan. Acara saringan telah bermula sehari awal iaitu pada hari Isnin pagi dan berakhir tepat jam 5 petang. Terdapat 76 acara dipertandingkan sepanjang kejohanan pada kali ini. Suasana kejohanan dimeriahkan lagi dengan acara terbuka untuk ibubapa dan VIP. Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga dan Sukaneka dimenangi oleh Rumah Kuning, Naib Johan, Rumah Biru diikuti dengan Rumah Merah tempat ketiga dan Rumah Hijau tempat keempat.

0 ulasan:

Catat Ulasan